Pada 30 Januari 2012 ,
Pn Azizah bt Musa , Kaunselor SMK Agama Kuala Lumpur
telah melancarkan Kempen Sayangi Ibu Bapa .
Justeru , setiap pelajar telah diwajibkan menyertai pertandingan kad ucapan yang dianjurkan bagi mengeksperesikan rasa kasih sayang yang mendalam terhadap ibu bapa masing- masing . Penilaian dibuat mengikut kreativiti dan ayat yang menyentuh perasaan.
Tarikh tutup penyertaan : 3 Februari 2012 .
Seluruh warga SMK Agama Kuala Lumpur telah bertungkus lumus bagi menghasilkan kad mereka yang tulus ikhlas dari hati tanda kasih sayang mereka kepada ibu bapa masing- masing di samping menyokong aktiviti anjuran Pembimbing Rakan Sebaya bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling . Kesemua kad yang telah dihantar cantik- cantik belaka dan pastinya sukar untuk pihak juri membuat keputusan.
Jadi kita tunggu sahajalah pemenangnya ya ! :)

No comments:
Post a Comment